Oh! Artis
Caprice Kongsi Perkembangan Kes Murad Zaidi, Terharu Isteri Bayar Kos ‘Lawyer’ Senyap-Senyap
Menurut Caprice, kos guaman adalah sebahagian daripada komitmen apabila sering disaman.
Penyanyi rap, Caprice sekali lagi menjadi perhatian selepas berkongsi perkembangan terbaru mengenai kes mahkamah membabitkan dirinya dan individu bernama Murad Zaidi.
Dalam perkongsian di Instagram, penyanyi dan usahawan itu meluahkan rasa syukur apabila kes tersebut menunjukkan perkembangan positif.
Caprice terharu isteri bantu bayar kos guaman
Caprice berkata, mahkamah telah menggugurkan perintah injunksi berhubung kes tersebut dan menganggap ianya sebagai langkah ke arah keadilan.
Dan berita baik hari ni adelah injunksi pasal kes Murad Zaidi have been dropped dekat mahkamah. Syukur Alhamdulillah another win for us, demi keadilan demi kebenaran. InsyaAllah kita akan sentiasa bantu mana-mana pihak yang dianiaya dekat luar sana.
Dalam masa yang sama, Caprice terharu mendapat tahu kos guaman telah dilunaskan oleh isterinya, Fara Inalis senyap-senyap.
Caprice mohon ‘support’ perniagaan isteri

Menurut selebriti ini, Farra sebelum ini baru je bekerja semula selepas lama berehat. Jelasnya, dia tidak mengizinkan isteri bekerja kerana mahu isteri fokus kepada anak yang baru dilahirkan.
Tapi siapa sangka, baru je bekerja, isteri sudah membantunya untuk mengurangkan beban yang ditanggungnya.
Pssttt! Berkat suami izinkan bekerja, terus melimpah ruah rezeki si isteri kan?
Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM