Oh! Artis
Adik Mohon Kakak Tak Meratapi Lelaki ‘Pondan’, Dakwa Nubhan ‘Lari Rumah’ Bila Ada Masalah
Seorang individu dipercayai adik kepada Dr Fie berkata, Nubhan ‘pengecut’ apabila lari rumah apabila ada masalah.
Konflik di antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, terus menjadi perhatian ramai.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Dr. Afifah apabila Nubhan dipercayai menfailkan hadanah penuh serta interim terhadap tiga anak mereka.
BACA: Perkongsian Nubhan Mengenai ‘Amber Heard’ Undang Kecaman
Baru-baru ini, Afifah memuat naik satu hantaran di Threads bersama anaknya yang sedang membaca buku sambil menitipkan nasihat penuh makna.

Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak.
Perkongsian itu turut menarik perhatian individu dipercayai adik kepada Afifah dikenali sebagai Zaim Tawfek.
Zaim menasihati Afifah supaya tidak terus bersedih dengan tindakan suaminya itu. Tulisnya:
Buat apa nak meratapi lelaki pondan. Ada masalah lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik.
Terdahulu, Nubhan ada memuat naik video di Instagram memaparkan anak-anaknya yang teruja ketika berjumpa dengan bibik.
Mereka menikmati makan malam bersama dan Nubhan menyifatkan masa yang ada dengan anak-anaknya sesuatu yang sangat berharga.
Pssttt! Bila konflik rumah tangga mula terbuka kepada umum, ia bukan saja memberi kesan kepada pasangan, tetapi juga anak-anak. Semoga kedua-duanya dapat mencari jalan penyelesaian terbaik demi masa depan keluarga mereka.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.