Connect with us

Oh! Media

“Peliknya Mak Tak Larang” – Lelaki Dicekup Hanya Berseluar Dalam Dengan Isteri Orang Di Rumah Keluarga

Khalwat

Oh! Tidak

“Peliknya Mak Tak Larang” – Lelaki Dicekup Hanya Berseluar Dalam Dengan Isteri Orang Di Rumah Keluarga

Pasangan kekasih dicekup penguat kuasa JAINJ ketika tidur di ruang tamu rumah.

Tular satu perkongsian di Facebook oleh akaun Penguatkuasa JAINJ 2025 yang menceritakan kisah penangkapan seorang lelaki bersama isteri orang di sebuah rumah teres dua tingkat di Segamat, Johor. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12.30 malam.

Lena dalam pelukan, anak-anak di sebelah

Khalwat

Menurut hantaran tersebut, penguat kuasa yang tiba di lokasi mendapati pintu pagar rumah terbuka dan pintu utama tidak berkunci.

Sewaktu pemeriksaan dijalankan, kedengaran suara lelaki sedang tidur di ruang tamu. Apabila lampu dihidupkan, kelihatan seorang wanita dan lelaki sedang nyenyak tidur bersama di ruang tamu.

IKLAN

Kelihatan juga dua orang kanak-kanak turut tidur berdekatan mereka. Wanita berkenaan dilaporkan sudah berkahwin, manakala lelaki tersebut masih bujang.

Pemeriksaan lanjut mendapati ibu kepada lelaki itu serta beberapa adik-beradiknya turut berada di rumah ketika kejadian tetapi sedang tidur di tingkat atas.

Ditahan bawah Seksyen 27 kesalahan khalwat

Pasangan Khalwat

Pasangan tersebut kemudian ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan khalwat.

Menurut perkongsian itu lagi, wanita terbabit kini berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak kecil berusia dua serta empat tahun.

Lebih menyedihkan apabila situasi ini diketahui ibu kepada lelaki berkenaan, tetapi hanya berdiam diri.

Pssttt! Apa pun alasannya, tindakan sebegini tetap salah di sisi undang-undang dan agama. Semoga jadi pengajaran untuk semua.

Kredit: Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas