Connect with us

Oh! Media

Isteri Nubhan Tak Tahu Suami Ada Rumah Di Dengkil, Ingat Milik Sepupu

Ohmedia nub

Oh! Artis

Isteri Nubhan Tak Tahu Suami Ada Rumah Di Dengkil, Ingat Milik Sepupu

Kes lafaz cerai Nubhan dan isteri akan ditentukan pada Disember ini.

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof, mendedahkan sesuatu yang mengejutkan ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Dr. Afifah mengakui tidak tahu langsung tentang kewujudan rumah milik suaminya di Southville, Dengkil, Selangor.

“Saya ingatkan rumah sepupu dia”

Nubhan Cerai

Sepanjang lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Afifah berkata dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah tersebut dan menyangka ia milik saudara suaminya.

IKLAN

Dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi, mahkamah dimaklumkan bahawa Nubhan memiliki rumah di kawasan berkenaan, sekali gus menjadikan Mahkamah Syariah Sepang sebagai pihak berbidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Saya tidak tahu pun rumah itu milik kami. Saya ingatkan rumah sepupu dia.

Kes berkenaan difailkan oleh Nubhan bagi mengesahkan dua lafaz cerai terhadap isterinya, termasuk lafaz talak kedua yang didakwa berlaku pada 26 Ogos lalu.

Nubhan Dan Isteri

Hakim Syarie menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh keputusan selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam masing-masing.

Dalam pada itu, Dr. Afifah yang dilihat tenang ketika ditemui media mengakui setiap rumah tangga tidak terlepas daripada ujian, namun menegaskan bahawa beliau masih menyayangi keluarganya.

Biasalah dalam rumah tangga ada pasang surut, tetapi saya masih sayang keluarga saya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa wujud orang ketiga yang menjadi punca kepada kemelut rumah tangga mereka.

Pssttt! Oh! Media doakan agar urusan Nubhan dan Dr. Afifah dipermudahkan serta mereka berdua dapat selesaikan semuanya dengan baik demi keluarga dan anak-anak.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas