
Oh! Artis
“Bapa Tiri Amad Call Tanya Pasal Ustaz” – Shuib Tak Nafi Wujud Unsur Mistik
Shuib dedah bapa tiri Amad hubungi dia semasa siaran langsung TTMM, beritahu keadaan Amad tak baik.
Kecoh di media sosial apabila penyanyi muda, Amad, tiba-tiba rebah ketika membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) malam tadi.
“Bapa tiri dia call masa live tanya pasal ustaz”

Memetik laporan mStar, Shuib mendedahkan, bapa tiri Amad dikenali sebagai Idan menghubunginya ketika siaran langsung bertanyakan mengenai seorang pengamal perubatan Islam yang dikenalinya.
Bapa tiri Amad memaklumkan keadaan Amad di belakang pentas tak baik dan Shuib segera memberitahu Saerah.
Sewaktu Auddra buat persembahan, tiba-tiba Idan hubungi saya. Dia beritahu keadaan Amad tak baik dan tanya tentang kawan saya yang ustaz. Saya terkejut, dan bila beritahu Saerah, dia terus cemas. Jadi lepas Auddra habis persembahan, saya terus ke belakang pentas dan tengok keadaan Amad, memang saya sedih dan bersimpati.
Tambah Shuib, dia sekali lagi menjenguk Amad selepas penyanyi itu selesai membuat persembahan.
Tak tolak unsur mistik sebab Siti Sarah pernah kena di pentas sama

Shuib melihat keadaan Amad ketika itu agak merisaukan namun pasukan perubatan yang berada di lokasi pantas memberikan bantuan.
Bila saya tengok dia, kasut dan baju pun dah dibuka untuk bagi ruang bernafas. Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja.
Dalam masa sama, Shuib tidak menolak kemungkinan insiden tersebut mempunyai kaitan dengan unsur mistik kerana arwah isterinya, Siti Sarah juga pernah mengalami perkara serupa ketika berada di pentas yang sama untuk proogram Gegar Vaganza (GV).
Tapi saya tidak terkejut sangat dengan tempat ini sebab saya pun ada peristiwa mendukung Siti Sarah di sini. Saya harap Amad tidak putus asa, rezeki dia murah sebab orang buat dia macam itu mesti ada hikmah.
Pssttt! Dunia hiburan ni memang banyak kisah luar jangka, dan kadang-kadang yang terjadi bukan sekadar kebetulan. Apa pun, semoga Amad cepat sembuh dan dapat kembali dengan semangat baru.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
