Oh! Negara
Belanjawan 2026 Dibentang Hari Ini! Anwar Ibrahim Bakal Umum Arah Tuju Ekonomi Malaysia Di Bawah RMK-13
Belanjawan 2026 dibentang hari ini oleh Anwar Ibrahim. Bakal jadi asas utama RMK-13 dan hala tuju ekonomi Malaysia lima tahun akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat jam 4 petang ini.
Menurut laporan Harian Metro, ia merupakan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI dan yang pertama dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)
Ia sekali gus menjadi asas penting bagi hala tuju pembangunan negara untuk lima tahun akan datang.
Fokus: Ekonomi MADANI dan Kesejahteraan Rakyat

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 akan meneruskan momentum dan asas kukuh yang telah dibina sebelum ini melalui Belanjawan MADANI 2023–2025.
Antara fokus utama belanjawan kali ini termasuk:
- Menaikkan siling pertumbuhan ekonomi negara.
- Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
- Memperkukuh tadbir urus dan reformasi sektor awam.
Belanjawan 2026 disiarkan secara langsung petang ini

Pembentangan belanjawan akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan dan platform media sosial rasmi kerajaan, termasuk BERNAMA TV, yang akan memulakan Analisis Prapembentangan Belanjawan 2026 pada jam 3 petang.
Pssttt! Belanjawan bukan sekadar angka, ia cerminan harapan rakyat. Semoga Belanjawan 2026 benar-benar membawa manfaat dan kelegaan buat semua lapisan masyarakat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.