Connect with us

Oh! Media

PMX Kecam Israel Label Misi Kemanusiaan GSF Sebagai Pengganas

Ohmedia pmx Gsf

Trending

PMX Kecam Israel Label Misi Kemanusiaan GSF Sebagai Pengganas

Anwar Ibrahim tegaskan kapal GSF hanya bawa bantuan, bukan senjata.

Tindakan rejim zionis Israel yang melabelkan pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah biadap dan tidak berasas sama sekali.

Itulah yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebooknya sebentar tadi.

Tuduhan GSF pengganas adalah biadap – PMX

Beliau lantang mengecam tuduhan Israel kerana kapal-kapal flotilla tidak membawa sebarang senjata. Sebaliknya dipenuhi dengan makanan, minuman serta ubat-ubatan yang amat diperlukan rakyat Gaza.

IKLAN

Menurut beliau, tuduhan itu hanya helah untuk menutup kezaliman mereka di Gaza.

Hakikatnya, kapal-kapal flotilla ini tidak membawa sebarang senjata. Sebaliknya, ia sarat dengan makanan, minuman dan ubat-ubatan yang amat diperlukan rakyat Gaza yang menderita di bawah sekatan zalim.

Beliau turut menambah, pengganas sebenar ialah rejim Israel sendiri apabila mereka menindas, membunuh orang awam tidak bersenjata dan menyekat bantuan kemanusiaan daripada sampai kepada rakyat Gaza yang memerlukan.

Israel

Terdahulu, tular di media sosial Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir mengaitkan aktivis misi GSF sebagai pengganas.

Difahamkan, zionis Israel cuba menyebarkan propaganza tidak benar mengenai GSF yang jelas hanyalah misi kemanusiaan.

Pssttt! Tindakan Israel yang menuduh misi kemanusiaan sebagai pengganas hanya membuktikan betapa terdesaknya mereka mempertahankan kezaliman. Usaha flotilla membawa bantuan tetap menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza yang terus berjuang demi hidup.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas