
Trending
Murid Maut Jatuh Lubang Kumbahan, KPM Umum Gerakkan Audit Keselamatan Sekolah
Murid 9 tahun maut jatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolah Lenggeng. KPM umum audit keselamatan sekolah seluruh negara.
Seorang murid lelaki berusia 9 tahun, Abdul Fattah Khairol Rizal dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan ketika menyertai kejohanan olahraga di sebuah sekolah di Lenggeng, semalam.
Menurut laporan Kosmo, kejadian tragis itu mengejutkan seluruh negara dan sekali lagi membuka persoalan besar mengenai tahap keselamatan pelajar di sekolah.
KPM ambil tanggungjawab penuh

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menggerakkan audit keselamatan sekolah di seluruh negara.
Ini adalah satu tragedi yang amat menyedihkan dan menyentuh hati kita semua, khususnya berkaitan keselamatan anak-anak di sekolah.
KPM telah pun menggerakkan audit keselamatan sekolah melalui Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan.
Takziah buat keluarga murid jatuh lubang

Fadhlina turut menziarahi keluarga mangsa di Kampung Masjid, Lenggeng, serta menyampaikan ucapan takziah dan penghargaan kepada semua pihak yang membantu, termasuk individu yang cuba menyelamatkan mangsa, Muhammad Arsyad Jahaya.
Beliau menegaskan laporan terperinci insiden itu akan dikemukakan segera bagi memastikan langkah sewajarnya diambil supaya tragedi sebegini tidak berulang.
Pssttt! Keselamatan anak-anak di sekolah perlu menjadi keutamaan. Setiap insiden sebegini adalah peringatan besar bahawa pencegahan jauh lebih penting daripada penyesalan.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
