Connect with us

Oh! Media

Isteri Orang Buat Gambar AI Peluk Zul Ariffin Undang Kecaman Netizen

Ohmedia zul Ariffin

Trending

Isteri Orang Buat Gambar AI Peluk Zul Ariffin Undang Kecaman Netizen

Trend gambar AI tular selepas suntingan Zul Ariffin dan isteri orang jadi kecaman netizen. Ramai anggap melampau dan boleh undang fitnah.

Trend gambar AI (Artificial Intelligence) sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tular suntingan seorang wanita berstatus isteri orang berpelukan dengan pelakon kacak Zul Ariffin.

Perkara itu mula dibangkitkan di Threads apabila seorang pengguna meluahkan rasa jijik dan kecewa terhadap trend melampau itu.

Eii jijik la tgok bini org buat trend ni.. Dah hilang malu walaupun AI.

Netizen anggap tak hormat pasangan

View on Threads

Ramai netizen tampil mengecam tindakan tersebut yang dianggap tidak beretika dan tak menghormati pasangan sendiri.

IKLAN

Ada juga yang berpendapat, walaupun ia hanya hasil teknologi, namun imej palsu seperti ini boleh mengundang fitnah dan salah faham.

Trend AI semakin menakutkan?

Selain mengecam individu terlibat, warganet turut meluahkan kebimbangan apabila trend AI ini semakin disalahgunakan sehingga mencabar batas moral.

Menurut mereka, jika tidak dikawal, ia berisiko menjadi budaya fitnah digital yang boleh merosakkan maruah seseorang tanpa sempadan.

Pssttt! Teknologi sepatutnya digunakan untuk kebaikan, bukannya mencipta fitnah. Berhati-hatilah sebelum berkongsi atau menyertai trend yang boleh merosakkan maruah orang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas