
Trending
“Harapan Mummy Boleh Kembali Bersama..” – Siti Jamumall Minta Maaf Dengan Aiman
Siti Jamumall kongsi luahan sebak selepas bercerai, akui perpisahan paling menyakitkan dalam hidupnya.
Sah talak tiga dan tidak boleh rujuk! Itulah keputusan yang dibuat Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap lafaz cerai secara live yang dibuat Aiman terhadap isterinya, Siti Jamumall Mei lalu.
Namun, Aiman sedang mempertimbangkan sama ada mahu fail rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa 14 hari.
BACA: Keadaan Terkini Siti Jamumall Undang Sebak Netizen
Terbaru, Siti yang baru 10 hari melahirkan anak perempuan hasil perkahwinan dengan Aiman berharap mereka dapat rujuk kembali.
Menurut Siti, dia sejujurnya berharap hanya jatuh talak dua namun takdir menyatakan sebaliknya.
Siti Jamumall minta maaf dengan Aiman

Siti memohon maaf atas segala yang berlaku sambil memuji usaha bekas suaminya yang tetap ada ketika dia diuji.


Siti turut berterima kasih kerana ditemani sepanjang proses bersalin dan berpantang sehingga kini.
Sejujurnya i sendiri berharap untuk jatuh talak 2 sahaja. Tapi apa boleh buat, keputusan mahkamah dah keluar harini… kita memang tak boleh bersama kembali. I tak kuat nak hadap.
Tambahnya lagi, walaupun bekas suami pernah melakukan kesilapan, masih banyak kebaikan yang membuatkan dia rasa dihargai.
“Perpisahan yang paling menyakitkan”

Pssttt! Perkongsian Siti benar-benar menyentuh hati. Walaupun berpisah, dia masih menghargai pengorbanan bekas suami. Semoga Siti terus kuat demi anak yang baru lahir dan dapat pulih dari ujian berat ini.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
