Connect with us

Oh! Media

KAO Malaysia & Universiti Malaya Meterai Kolaborasi: RM50 Ribu Untuk Penyelidikan & Kesedaran Kesihatan Kulit

Ohmedia kao um 55

Branded

KAO Malaysia & Universiti Malaya Meterai Kolaborasi: RM50 Ribu Untuk Penyelidikan & Kesedaran Kesihatan Kulit

KAO Malaysia mencipta sejarah apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM), menjadikannya kolaborasi akademik pertama syarikat ini di Malaysia.

Kerjasama ini hadir selepas kejayaan kempen Skin Protection, Life Perfection yang berlangsung sejak Mei lalu bersama Watsons. 

Melalui MoU ini, KAO dan UM bersetuju untuk sama-sama memajukan pendidikan kesihatan kulit berasaskan sains, serta mengukuhkan kesedaran awam tentang pentingnya penjagaan kulit untuk kesejahteraan hidup.

Sumbangan RM50,000 Untuk Dua Inisiatif Utama

Di bawah kolaborasi ini, KAO Malaysia melalui jenama Bioré menyumbang dana sebanyak RM50,000, yang mana dana ini akan disalurkan kepada dua projek utama UM:

Program Komuniti “Beautiful Change Begins with Us”

Dikendalikan oleh UM Community Engagement Centre (UMCares), yang memberi fokus kepada kesedaran kebersihan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan mental untuk golongan remaja, dewasa serta kanak-kanak.

Penyelidikan “Innovative Clean Skincare Formulations for Skin Protection and Healthy Living”

Diterajui oleh Fakulti Sains UM, projek ini menekankan pembangunan formulasi penjagaan kulit bersih dan inovatif untuk perlindungan kulit serta gaya hidup lebih sihat.

Sumbangan ini juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada janji KAO Malaysia untuk menyalurkan 1% daripada jualan produk Bioré bagi menyokong penyelidikan kesihatan kulit tempatan.

Bukan Sekadar Inovasi Produk, Tanggungjawab Kepada Kesihatan Awam

Menurut Presiden KAO Malaysia, Yamazaki Hirobumi, kerjasama ini membuktikan komitmen KAO untuk memberi impak bermakna kepada masyarakat.

“Perlindungan kulit bukan sekadar pilihan penjagaan diri, tetapi satu tanggungjawab kesihatan awam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah UMCares, Associate Professor ChM. Dr. Noraini Ahmad, menyifatkan MoU ini sebagai langkah penting untuk menghubungkan penyelidikan akademik dengan penyelesaian dunia sebenar, daripada pembangunan formulasi mesra alam sehinggalah kepada penglibatan komuniti.

MoU ini telah ditandatangani secara rasmi antara Presiden KAO Malaysia, Encik Yamazaki Hirobumi dan Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam satu majlis yang diadakan di Universiti Malaya (semalam).

Majlis bersejarah itu turut disaksikan Watsons Malaysia dan diserikan dengan penyerahan sumbangan simbolik sebagai tanda komitmen semua pihak.

Dari Kempen Ke Komitmen Jangka Panjang

Kempen Skin Protection, Life Perfection ini berjaya membawa mesej bahawa perlindungan kulit adalah kunci kepada keyakinan diri. Dengan sokongan Universiti Malaya, KAO dan Watsons Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti kesedaran serta memberi ganjaran eksklusif kepada pengguna.

Termeterainya MoU ini, usaha tersebut dapat diteruskan dalam bentuk komitmen jangka panjang, bukan saja untuk penyelidikan, malah bagi memperkukuh pendidikan awam tentang penjagaan kulit yang berterusan.

Nak tahu lebih banyak tentang inisiatif KAO di Malaysia? Layari: www.kao.com/my

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas