
Trending
Inkues Kematian Zara Qairina Ditangguh Lagi, Maklumat Saksi Kanak-Kanak Bocor Dan Tular
Inkues kematian Zara Qairina ditangguh lagi selepas maklumat saksi kanak-kanak bocor dan tular. Koroner kecewa, prosiding akan dibuat secara tertutup.
Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang sudah masuk hari ke-10 terpaksa ditangguhkan selepas maklumat berkaitan seorang saksi kanak-kanak tersebar di media sosial.
Menurut laporan Harian Metro, Koroner Amir Shah Amir Hassan nyata kecewa dengan perkara itu kerana ia mengganggu perjalanan inkues.
Sekarang saksi berasa terancam akibat tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu. Saya amat kecewa tetapi tiada pilihan. Jadi, kita akan sambung pada Isnin.
Peguam dedah maklumat bocor

Peguam saksi kanak-kanak, Datuk Ram Singh, mendedahkan hanya dua perenggan awal dan perenggan terakhir kenyataan saksi telah tersebar. Lebih mengejutkan, lima nama kanak-kanak lain turut disebut, sekali gus menimbulkan rasa takut dan tekanan kepada anak guamnya.
Itu tidak betul. Bagi saya, itu satu bentuk intimidasi. Anak guam saya menangis apabila ditanya sama ada mampu beri keterangan hari ini.
Prosiding kes Zara Qairina akan dibuat secara tertutup

Bagi melindungi saksi, inkues pada Isnin akan dijalankan secara tertutup (in camera). Saksi kanak-kanak akan ditempatkan di bilik khas bersama jurubahasa dan pendamping, namun pendamping tersebut tidak boleh terdiri daripada mana-mana saksi berpotensi.
Pssttt! Kes melibatkan kanak-kanak perlu dijaga dengan penuh berhati-hati. Hormatilah undang-undang dan elakkan sebar maklumat sensitif yang boleh menjejaskan keadilan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
