
Oh! Islam
“Patutnya Adegan Tu, Tak Pakai Serban Pun Boleh” – PU Syed Tegur Babak Seolah Hina Agama
PU Syed tegur babak serban dalam drama yang disifatkan memburukkan imej agama.
Dalam dunia hiburan tempatan, isu sensitif tentang agama sering kali mencetuskan perdebatan hangat.
Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Syed tampil menegur sebuah drama yang memaparkan babak tidak wajar apabila ia dilihat memburukkan imej pemakaian serban dan golongan berkopiah.
Teguran PU Syed tentang gambaran negatif dalam drama
PU Syed meluahkan rasa kurang senang dengan adegan dalam drama tersebut yang memaparkan watak berimej agama melakukan perbuatan tidak bermoral.
Katanya lagi, gambaran sebegitu boleh mengundang salah faham dalam kalangan masyarakat dan tidak melambangkan realiti sebenar.
Di sekolah tahfiz mana ada tidur pakai serban, pakai baju tshirt dan sebagainya. Jadi gambaran tu, walau cerita tu betul menggambarkan di sekolah yang ada manusia seperti itu, tapi dengan gambaran memakai serban itu memburukkan suasana. Menggambarkan orang pakai serban ni orang jahat dan banyak saya tengok dalam cerita-cerita, bila watak antagonis je mesti orang pakai kopiah, pakai tudung. Yang tak pakai tudung tu okay pulak perangainya, macam dah terbalik suasana.
PU Syed turut mengingatkan pengarah dan penerbit agar lebih berhati-hati dalam berkarya, khususnya yang menyentuh hal berkaitan agama.
Teguran ini jelas menunjukkan keprihatinan PU Syed terhadap bagaimana simbol agama dipersembahkan dalam karya seni, yang sepatutnya tidak dijadikan bahan untuk menjatuhkan imej Islam.
