Connect with us

Oh! Media

Ibu Zara Qairina Pilih Tolak Bedah Siasat Walaupun Sudah Diberikan Penjelasan Penuh

ohmedia zara qairina

Trending

Ibu Zara Qairina Pilih Tolak Bedah Siasat Walaupun Sudah Diberikan Penjelasan Penuh

Mahkamah Koroner dimaklumkan ibu Allahyarham Zara Qairina menolak bedah siasat walaupun diberi penjelasan penuh.

Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir iaitu Noraidah Lamat membuat keputusan untuk tidak menjalankan bedah siasat ke atas anaknya.

Menurut laporan Harian Metro, Noraidah sudah diberi penjelasan penuh mengenai prosedur tersebut sebelum menandatangani Borang Penolakan Bedah Siasat Atas Permintaan Sendiri.

Perkara itu dikatakan sendiri saksi, Dr Logaraj Ratha dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE).

IKLAN

Saya juga memaklumkan kepadanya tanpa bedah siasat, pihak keluarga tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau memperoleh laporan rasmi bedah siasat daripada pihak hospital.

Punca kematian Zara Qairina disahkan doktor

zara qairina kubur

Sebelum itu, pihak polis dimaklumkan mengenai kematian Zara Qairina di Wad Bedah Saraf HQE.

Dr Pavankumar Balachandran, pegawai perubatan yang bertugas, mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan otak traumatik teruk bersama ensefalopati iskemik hipoksia.

Inspektor Wong Yew Zhung yang menyiasat kes turut memaklumkan bahawa polis tidak akan mengeluarkan Borang Permintaan Bedah Siasat (Pol. 61), membolehkan jenazah diserahkan terus kepada keluarga.

Penjelasan lengkap diberi, ibu tetap enggan

ohmedia inkues kes zara qairina

Dr Logaraj berkata beliau sudah menerangkan dengan jelas mengenai kepentingan bedah siasat kepada Noraidah, disaksikan kakak ipar arwah, Nur Shira Abdullah.

Namun, selepas mendengar penjelasan, ibu arwah tetap bertegas untuk tidak melakukannya.

Noraidah mengesahkan beliau memahami penjelasan dan kandungan surat itu yang sudah lengkap diisi dan ditandatangani.

Pssttt! Dalam situasi duka, setiap keputusan keluarga perlu dihormati. Namun, penting juga untuk memahami kepentingan bedah siasat dalam mencari jawapan yang mungkin membantu keadilan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas