Connect with us

Oh! Media

Suspek Kes Tikam Guar Chempedak Ditangkap Di Terengganu, Direman Enam Hari

Ohmedia suspek

Trending

Suspek Kes Tikam Guar Chempedak Ditangkap Di Terengganu, Direman Enam Hari

Suspek kes tikam di Guar Chempedak disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lapor Harian Metro, suspek kes tikam yang meragut nyawa seorang wanita dan peniaga telefon bimbit di Taman Nona, Guar Chempedak, akhirnya ditangkap di Kuala Terengganu sebelum direman enam hari untuk siasatan lanjut.

BACA: Tragedi Guar Chempedak: Bapa Dedah Bakal Menantu Luah Hasrat Nak Meminang

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Fazlina Musa bermula hari ini hingga 18 September di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKLAN

Suspek ditangkap di Kuala Terengganu

 3298

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 9.45 pagi semalam di hadapan sebuah kedai di tepi jalan di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, status hubungan antara suspek dengan mangsa wanita masih dalam siasatan.

Peguam yang mewakili suspek, Abdul Hayyi Salim berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik ketika ditahan.

Difahamkan, suspek yang pernah bekerja di sektor swasta kini sedang mencari kerja di Kuala Lumpur.

Pssttt! Semoga pihak berkuasa dapat merungkai motif sebenar dan membawa keadilan kepada mereka yang terkorban.


Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas