Connect with us

Oh! Media

”Saya, Keluarga, Anak Tak Tahu Nak Pergi Ke Mana” – Rafidah Ibrahim Sedih

Ohmedia rafidah Ibrahim Kampung Sungai Baru

Trending

”Saya, Keluarga, Anak Tak Tahu Nak Pergi Ke Mana” – Rafidah Ibrahim Sedih

Rafidah Ibrahim sebak selepas rumahnya di Kampung Sungai Baru dirobohkan.

Pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa sebak selepas rumahnya di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dirobohkan dalam operasi pengosongan semalam.

Menurutnya, beliau dan keluarga kini hilang tempat berteduh selepas pemaju dikatakan berkeras mahu mengambil alih tanah tersebut.

Terus terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan (rumah flat), sekarang saya menumpang di rumah jiran.

Rafidah Ibrahim dakwa pemaju upah gengster, guna polis untuk usir penduduk

Rafidah Ibrahim Kampung Sungai Baru

Lebih memilukan, Rafidah mendakwa pemaju sebelum ini sanggup mengupah gengster untuk menggertak penduduk sebelum khidmat polis pula digunakan semalam.

IKLAN

Beliau mempersoalkan kuasa pemaju yang seolah-olah lebih besar daripada kerajaan.

Tak kisahlah katanya sedang bertugas atau apa, mana hati perut? Sepatutnya hari ini pengosongan, tetapi mereka pecahkan dan bawa keluar semua barang, main letak sesuka hati.

Penduduk kecewa, rayuan belum sempat didengar

Kampung Sungai Baru

Rafidah turut menegaskan, penduduk sepatutnya boleh membuat rayuan penangguhan di mahkamah pada 3 Oktober, namun operasi pengosongan pula dilakukan pada 11 September.

Situasi ini membuatkan ramai penduduk mendakwa hak mereka dinafikan tanpa peluang pembelaan yang sepatutnya.

Pssttt! Isu rumah dan tanah bukan sekadar soal pembangunan, tetapi soal kehidupan manusia. Semoga semua pihak lebih berhati-hati agar keadilan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas