Trending
Kerajaan Henti Sementara Lawatan Menteri Ke Luar Negara! Fokus Belanjawan 2026 Dan Sidang ASEAN
Semua lawatan menteri ke luar negara dihentikan serta-merta. PM arah fokus penuh pada Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN hujung Oktober ini.
Kerajaan mengumumkan bahawa semua lawatan jemaah menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuat kuasa serta-merta kata jurucakap Kerajaan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut laporan Malaysia Gazette, langkah ini dibuat bagi memastikan menteri memberi fokus penuh terhadap program penting negara termasuk persiapan menuju Belanjawan 2026.
Arahan terus dari Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengarahkan perkara itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah dimulakan dengan arahan daripada Perdana Menteri agar semua lawatan menteri ke luar negara adalah dihentikan sementara.
Arahan ini berkuat kuasa serta-merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual ataupun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.
Fokus Utama: Belanjawan dan sidang ASEAN

Beliau menjelaskan, penangguhan ini juga bertujuan untuk memastikan barisan menteri bersedia menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada akhir Oktober.
Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuat kuasa serta-merta.
Pssttt! Kadang-kadang pengorbanan kecil perlu dibuat demi agenda yang lebih besar. Semoga fokus penuh kerajaan kali ini membuahkan hasil terbaik untuk rakyat.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM