Trending
Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Sudah Bahagia Ada Kekasih?
Nora Danish muat naik foto lelaki misteri berkopiah hingga netizen mula menghidu kehidupannya yang baharu.
Selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon popular Nora Danish seakan memberi bayangan dirinya bakal memulakan bab baharu dalam hidupnya.
Menurut laporan mStar, perkara itu tercetus selepas Nora memuat naik beberapa foto sepanjang bulan Ogos di Instagram, termasuk satu gambar yang memperlihatkan separuh wajah seorang lelaki berkopiah dan bercermin mata.
Satu bab baharu, Bismillah.
Lelaki itu sedang tunai umrah?

Dalam hantaran tersebut, Nora turut berkongsi perjalanan lelaki berkenaan yang dipercayai kini sedang mengerjakan ibadah umrah.

Namun begitu, aktres berusia 42 tahun itu tidak mengulas lanjut tentang identiti sebenar jejaka berkenaan, sekali gus menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kalangan peminat.
Netizen dakwa Nora Danish kini bahagia?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mula menghidu kebahagiaan yang sedang dinikmati Nora.
Ada yang membuat spekulasi mengenali lelaki tersebut, namun mereka percaya dia bukan daripada industri hiburan.
Kenapa gambar lelaki macam ku kenal? Dia ada like post Nora sebelum ini. Baru-baru ini dia pergi umrah.
Orang biasa, bukan artis. Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia.
Ramai juga memuji cara Nora berkongsi, yang dianggap ‘soft launch’ penuh bermakna.