Oh! Negara
Kerajaan Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Mulai 31 Ogos Hingga 16 September
Sebelum tebus pastikan anda sudah mendaftar MyDigital ID.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta MyDigital ID melancarkan Diskaun Saman Kebangsaan.
Kempen ini menawarkan potongan 50 peratus bagi bayaran saman trafik PDRM bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.
Pengurangan saman, tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia

Menerusi kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kerajaan memilih pendekatan yang bukan sekadar menyanjung kejayaan negara, tetapi turut memastikan rakyat merasai faedahnya secara langsung.
Namun, tawaran istimewa itu hanya boleh dinikmati melalui pembayaran dalam aplikasi MyBayar PDRM dengan akses log masuk MyDigital ID.
Ia juga bagi menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara, di samping menzahirkan penghargaan kepada rakyat melalui peluang menyelesaikan saman trafik dengan lebih mudah, pantas dan selamat.
MyDigital ID pula berperanan sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang sah serta dilindungi.

Cara untuk tebus diskaun saman hari kebangsaan
1. Daftar akaun Digital ID terlebih dahulu di aplikasi MyDigital ID.

2. Layari laman web MyBayar PDRM dan log masuk menggunakan Digital ID anda.

3. Bayaran saman yang ada akan dipaparkan dengan potongan diskaun secara automatik.

4. Lakukan pembayaran dan selesai.

Pssttt! Yang banyak simpan saman tu, jangan lepaskan peluang ini! selamat membayar saman.
Kredit: Kementerian Dalam Negeri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM