Trending
”Dah Tak Wujud Ek?” – Netizen Tanya Nasib Susu, Produk Milik Neelofa
Netizen mula tertanya-tanya ke mana hilangnya susu pisang Nilofa yang pernah jadi fenomena.
Seorang pengguna Threads mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik kerana sudah lama tidak melihat kelibat susu pisang Nilofa di pasaran.
Produk minuman itu pernah mencetuskan fenomena besar suatu ketika dahulu selepas pelancaran besar-besaran, malah menjadi topik hangat kerana ia dimiliki oleh selebriti terkenal, Neelofa.
Dah tak wujud ek susu pisang Nilofa tu?
Netizen imbau populariti susu Neelofa

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen seakan nostalgia mengimbau kembali zaman kegemilangan susu pisang tersebut.
Dulu berlambak, sekarang hilang entah ke mana.
Ada juga yang berseloroh bahawa stok susu itu kini mungkin tinggal dalam kenangan sahaja. Malah, ramai mengaku mereka pun sudah lama tidak nampak ia dijual di kedai serbaneka.
Nilofa kini jadi misteri?

Susu pisang Nilofa pernah menjadi rebutan kerana dikatakan unik dan lain daripada minuman sedia ada di pasaran. Namun kini, kelibatnya semakin jarang dilihat hingga timbul persoalan adakah produk itu sudah diberhentikan atau sekadar hilang daripada radar pasaran.
Pssttt! Fenomena produk viral memang cepat jadi bualan, tapi tidak semua mampu bertahan lama. Kalau ada peluang rasa lagi, hargailah sebab mungkin esok hanya tinggal sejarah.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM