Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Kes Isteri Curang Dengan Doktor

Ohmedia doktor curang

Oh! Tidak

Polis Siasat Kes Isteri Curang Dengan Doktor

Video tular suami rakam isteri curang dengan doktor berstatus suami orang.

Bayangkan hidup bahagia lebih 10 tahun bersama pasangan, tiba-tiba segala-galanya musnah dalam sekelip mata. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Kota Bharu apabila isterinya sendiri didakwa berlaku curang dengan seorang doktor.

Lebih menyakitkan hati, alasan yang diberikan hanyalah kerana istilah ‘office wife’.

Video isteri curang tular jadi bukti…

Kisah ini mula tular di Facebook selepas lelaki berkenaan berkongsi rakaman ketika dia sendiri menerjah isterinya. Dalam perkongsian itu, dia mendedahkan tidak pernah menyangka individu yang paling dia sayangi sanggup berpaling kepada lelaki lain walaupun mereka sudah 10 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan dua orang anak.

IKLAN

Katanya lagi, punca permasalahan bukanlah kerana mereka miskin, selalu bergaduh, kurang masa bersama atau tiada persefahaman. Sebaliknya semua ini berpunca daripada terma yang sering dianggap gurauan iaitu ‘office wife’.

Pihak polis terima laporan…

Polis

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada doktor terbabit pada jam 6.27 petang, Ahad lalu.

Menurut beliau, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) dan kini diserahkan untuk tindakan lanjut.

Apa yang menambahkan lagi kejutan adalah apabila doktor berkenaan juga difahamkan berstatus suami orang. Ini bermakna bukan sahaja rumah tangga si suami yang membuat pendedahan terjejas, malah keluarga doktor itu juga berisiko menerima tempias.

Pssttt! Korang, jangan pernah pandang ringan dengan istilah seperti ‘office wife’ atau ‘office husband’. Gurauan seperti ini memang nampak biasa, tetapi boleh buat pasangan terluka tanpa kita sedar. Setia dan kejujuran adalah asas rumah tangga. Kalau sekali hilang kepercayaan, amat susah untuk dibina semula. Hargailah pasangan korang selagi masih ada.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas