Trending
Warden Bekas Tentera Mula Bertugas Di MRSM, Netizen ‘Kecut’ Tengok Lengan Berotot
Bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM untuk bendung isu buli.
Langkah drastik diambil MARA apabila bekas anggota tentera kini mula bertugas sebagai warden di MRSM Balik Pulau dan MRSM Besut.
BACA: “Tak Perlu Cari Jalan Bertemu Saya Merayu” – Pengerusi MARA Syorkan Pelaku Dibuang MRSM
Inisiatif ini menjadi projek rintis selama enam bulan bagi membanteras isu buli yang kerap menghantui pelajar sekolah berasrama.
Bekas tentera dah mula bertugas
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, selepas tempoh percubaan ini, kajian menyeluruh keberkesanan inisiatif tersebut akan dibuat dengan kerjasama Institut Kajian Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM).
Jika berjaya, MARA berhasrat meluaskan pelaksanaan warden bekas tentera ini ke semua 57 MRSM di seluruh negara.

Jelas beliau lagi, sebelum ini tugas warden banyak digalas oleh guru dengan elaun tambahan yang tidak setimpal dengan beban kerja mereka.
Ramai berpendapat langkah ini tidak lagi sesuai kerana mengganggu fokus guru terhadap pengajaran.
Malah, ramai guru merasakan masa dan tenaga mereka sering terbeban kerana tanggungjawab berganda sebagai pendidik dan juga warden.
Percubaan selama 6 bulan


Dengan adanya warden sepenuh masa daripada kalangan pesara anggota tentera yang terlatih, tanggungjawab ini kini dapat dipikul dengan lebih berkesan.
Namun, di ruangan komen perkongsian, netizen tertarik melihat badan sasa warden yang dipercayai dapat mengekang gejala buli.
Pssttt! Langkah baik yang wajar diberi pujian. Bayangkan warden tegas, mesti tak ada siapa yang ‘acah-acah’ berani membuli golongan yang lemah kan?
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM