Connect with us

Oh! Media

Pempengaruh Dikecam Panggil Anak ‘Mini-Wife’, Pakaikan Kasut Tumit Tinggi Dan Baju Dewasa

Ohmedia rania

Trending

Pempengaruh Dikecam Panggil Anak ‘Mini-Wife’, Pakaikan Kasut Tumit Tinggi Dan Baju Dewasa

Faris dikecam selepas panggil anak kecil ‘mini-wife’, namun tampil jelaskan situasi sebenar dan mohon maaf.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh yang mempunyai lebih 700,000 pengikut dikritik gara-gara menggelarkan anak perempuannya sebagai ‘mini wife’.

Netizen meluahkan rasa kurang senang apabila kanak-kanak berusia 8 tahun itu dilihat bersolek dan berpakaian seperti wanita dewasa.

Bapa tampil mohon maaf dan jelaskan situasi

Ramai yang menyifatkan ia tidak sesuai untuk kanak-kanak seusia Rania, yang sepatutnya masih di fasa membesar dengan gaya hidup kanak-kanak biasa.

IKLAN
Bapa

Selepas menerima pelbagai kecaman, bapa tampil di Threads dengan satu kenyataan panjang bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil memohon maaf.

Untuk pengetahuan semua, saya seorang bapa tunggal yang membesarkan Rania seorang diri sejak usianya 8 bulan. Walaupun Rania masih mempunyai ibu, selepas perceraian saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan anak saya.

Bapa turut menjelaskan bahawa sejak kecil, Rania memang gemar berhias kerana sudah terbiasa menemaninya ke pelbagai majlis kerja dan sosial.

Anak selesa bersolek, berpakaian kemas tanpa dipaksa

Anak

Dari situlah, katanya, anaknya mula selesa dengan penampilan kemas, bersolek, memakai pakaian cantik, dan ada kalanya kasut tumit tinggi.

Berhubung istilah mini wife, ia sebenarnya hanyalah ungkapan sarkastik yang saya gunakan untuk membalas segelintir pihak yang sering melabelkan Rania dengan gelaran itu. Secara jujur, kami sendiri tidak pernah selesa dengan panggilan tersebut.

Dalam kenyataannya lagi, bapa menegaskan setiap projek atau kempen yang dijalankan adalah atas persetujuan anaknya.

Bayaran yang diterima juga diagihkan secara adil, di mana sebahagiannya untuk anaknya dan sebahagian lagi disalurkan kepada kebajikan.

Mengenai kempen yang dijalankan, semua projek adalah atas persetujuan Rania. Setiap bayaran kempen juga diagihkan secara 50/50, iaitu sebahagiannya untuk Rania dan sebahagiannya untuk kebajikan. Ramai yang sudah maklum, kami aktif dalam menyokong program anak yatim.

Terdahulu, Faris dan anaknya, Rania mula tular di TikTok dengan momen mereka bersiap bersama, termasuk mekap dan memakai tudung.

Setiap video berjaya mengumpul ratusan ribu tontonan, namun istilah ‘mini-wife’ inilah yang akhirnya mencetuskan kontroversi besar.

Pssttt! Isu ini sekali lagi membuka mata ramai tentang pentingnya sensitiviti dalam mengendalikan kandungan melibatkan kanak-kanak. Walaupun niat mungkin tidak salah, penggunaan istilah yang mengelirukan boleh menimbulkan salah faham dan memberi kesan buruk terhadap penerimaan masyarakat.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas