Trending
Akhirnya Dua Individu Serang Anak Rafizi Ramli Telah Dikesan Guna Nombor Pendaftaran Palsu
Polis sahkan dua suspek serangan anak Rafizi guna nombor pendaftaran palsu. Cecair dalam jarum suntikan masih misteri.
Polis mengesahkan bahawa dua suspek bermotosikal yang menyerang anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya sedang giat mengesan kedua-dua individu terbabit.
Kita telah mengenal pasti motosikal itu namun pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran digunakan adalah palsu. Identiti suspek masih belum dikenal pasti.
Cecair dalam jarum suntikan masih misteri

Menurut Shazeli, pihak polis masih menyiasat jenis cecair yang terdapat dalam jarum suntikan yang digunakan dalam serangan tersebut.
Siasatan lanjut sedang giat dijalankan.
Serangan berlaku ketika anak bersama isterinya

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Menurut laporan, anak Rafizi yang berusia 12 tahun tidak mengalami kecederaan fizikal. Namun, insiden itu mencetuskan kebimbangan kerana ia dilakukan secara berani di tempat awam.
Rafizi sebelum ini memaklumkan bahawa anak dan isterinya baru masuk ke dalam kereta sebelum anaknya ditarik secara tiba-tiba dan dicucuk jarum oleh suspek bermotosikal.
Pssttt! Kejadian seperti ini mengingatkan kita untuk sentiasa berwaspada, walaupun di tempat yang dianggap selamat. Lindungi keluarga dan peka dengan persekitaran.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM