Connect with us

Oh! Media

Kes Zara Qairina: Polis Akhirnya Sahkan Sesuatu Mengenai Dakwaan Penglibatan VVIP

Ohmedia zara Qairina

Trending

Kes Zara Qairina: Polis Akhirnya Sahkan Sesuatu Mengenai Dakwaan Penglibatan VVIP

Polis sahkan sesuatu mengenai dakwaan VVIP terlibat dalam kematian Zara Qairina.

Polis akhirnya bersuara mengenai dakwaan pembabitan orang kenamaan (VVIP) dalam kes kematian tragis seorang pelajar perempuan, Zara Qairina.

Menurut laporan Berita Harian, siasatan mendapati tiada bukti melibatkan VVIP dalam insiden ini serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu.

IKLAN

Setakat ini, seramai 82 saksi telah dirakam percakapan, dan ada yang dipanggil semula untuk sambungan rakaman.

Polis bersuara mengenai dakwaan yang tular

Zara Qairina

Mengulas mengenai tuduhan kononnya guru besar dan guru disiplin menyembunyikan kes, M Kumar mengesahkan perkara itu sedang disiasat pihaknya.

Sebelum ini, pelbagai platform media sosial tular dengan dakwaan mengaitkan ahli keluarga pemimpin politik di Sabah dengan kes tersebut.

Kronologi kes Zara Qairina

Zara Qairina

Pada 16 Julai lepas, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya ketika menerima rawatan di hospital.

Kematian pelajar itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas timbul dakwaan buli oleh pelajar senior di sekolah berkenaan.

Pssttt! Jangan mudah percaya dengan khabar angin sebelum fakta disahkan pihak berkuasa. Tular tak bertapis boleh mencalarkan maruah dan mengganggu siasatan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas