Trending
Tun Musa Aman Mahu Siasatan Telus Kes Kematian Zara Qairina
Tun Musa Aman arah siasatan telus kes kematian Zara Qairina tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Selepas prosedur bedah siasat dijalankan, jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang jam 1.15 pagi semalam.
Kini pihak berkuasa sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mencari punca sebenar kematian arwah.
Disiasat sepenuh tanpa rasa takut, pilih kasih

Memetik laporan Kosmo!, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman mengarahkan siasatan dilakukan dengan penuh teliti berlandaskan kebenaran dan keadilan.
Tegas beliau, setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Menuntut keadilan bukanlah satu bentuk pembalasan. Sebaliknya ianya adalah suatu perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum mereka yang bersalah.
Beliau juga berharap orang ramai memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk mencari jawapan.
Majlis tahlil untuk Zara di Sabah

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi termasuk menyebarkan tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan integriti siasatan.
Tambahan pula, teori konspirasi yang keterlaluan hanya boleh menambah kesedihan ahli keluarga mangsa.
Dalam pada itu, satu majlis tahlil dan doa peringkat negeri Sabah dakan diadakan secara besar-besaran pada Khamis ini.
Majlis itu akan dibuat selepas solat maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang dilaksanakan secara serentak di semua masjid dan surau di seluruh Sabah.
Sama-sama kita doakan keadilan buat arwah Zara dan pelaku mendapat hukuman setimpal.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM