Connect with us

Oh! Media

Peguam Keluarga Zara Qairina Buat Penafian

Ohmedia peguam Zara Qairina

Oh! Tidak

Peguam Keluarga Zara Qairina Buat Penafian

Peguam keluarga Zara Qairina nafikan ada campur tangan politik atau VVIP dalam kes.

Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Shahlan Jufri, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ada campur tangan politik atau penglibatan individu berpangkat tinggi (VVIP) dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Katanya, setakat ini semua kenyataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta dan bukti yang ada, dan tidak pernah mengaitkan mana-mana pihak politik.

Ohmedia zara Qairina

Kalau ada, kami akan cari dan maklumkan. Kami tak akan sorok sebab kami mewakili keluarga dan kepentingan keluarga itu penting. Ibu Zara pun dari awal tak pernah kaitkan kes ini dengan politik.- Jelasnya.

Peguam sahkan tiada VVIP masuk bilik bedah siasat Zara Qairina…

Shahlan juga menolak khabar angin bahawa ada VVIP masuk ke bilik forensik semasa proses bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

IKLAN

Memang tiada. Yang ada hanya wakil keluarga, doktor dan pihak polis. Saya sendiri berada di situ dari jam 11 pagi sampai 7.30 malam, dan semua berjalan lancar.- Katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya pada spekulasi di media sosial.

Katanya, sama seperti keluarga Zara yang mahu mengelak fitnah terhadap arwah, orang ramai juga perlu elak memfitnah pihak lain.

Pssttt! Korang, dalam kes macam ni, jangan cepat sangat percaya dengan apa yang kita baca di media sosial. Fakta kena tunggu daripada sumber sahih supaya tak timbul fitnah yang boleh lukakan hati keluarga mangsa. Ohmedia harap korang sentiasa beringat dan tapis dulu sebelum sebarkan apa-apa maklumat.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas