Connect with us

Oh! Media

“Ada Suka Sama Suka, Ada Dibayar” – Pelajar IPT Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Kereta, Penduduk Bersuara

Ohmedia skandal

Oh! Tidak

“Ada Suka Sama Suka, Ada Dibayar” – Pelajar IPT Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Kereta, Penduduk Bersuara

Penduduk Puncak Alam berang apabila pelajar IPT didakwa bermaksiat di kawasan sunyi.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di aplikasi Threads mendedahkan insiden mengejutkan melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang didakwa ditangkap basah dalam kereta.

Lebih mengejutkan, dalam masa sebulan terdapat dua kes di mana pelajar kantoi berdua-duaan dalam kereta di kawasan perumahan penduduk.

Port sunyi jadi tempat ‘projek’? Penduduk mula bersuara

Dalam pendedahan itu, pasangan yang terlibat didakwa dalam keadaan tidak berpakaian sekali gus mencetuskan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan komuniti setempat.

IKLAN
Pelajar

Di ruangan komen perkongsian, ada penduduk setempat mendakwa lokasi sunyi seperti parking hospital dan pusat perindustrian menjadi port ‘beromen’ pelajar.

Seorang pengguna turut berkongsi maklumat yang diterima daripada pemilik premis di Pusat Dagangan Hillpark.

Pemilik kedai buat pendedahan mengejutkan

Pelajar Ipt

Malah, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kerosakan akhlak anak-anak muda Islam hari ini dan berharap ada tindakan lebih tegas dapat diambil bagi membanteras gejala tidak bermoral itu.

Apa yang lebih membimbangkan, ada dakwaan menyebut wujud group Telegram khas untuk mengatur pertemuan tidak bermoral itu.

Penduduk juga dinasihatkan supaya lebih peka dengan pergerakan mencurigakan kereta-kereta yang berhenti di kawasan tertentu.

Pssttt! Sebagai masyarakat, kita ada peranan untuk menegur dan melindungi nilai moral bersama. Jangan biar ‘port sunyi’ jadi port maksiat. Pihak berkuasa dan institusi pengajian juga perlu campur tangan sebelum lebih ramai anak muda hanyut.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas