Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Umum Bantuan Untuk Rakyat, RON95 Turun 6 Sen Dan Banyak Lagi!

Ohmedia anwar ibrahim maha kaya

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Umum Bantuan Untuk Rakyat, RON95 Turun 6 Sen Dan Banyak Lagi!

Kerajaan umum RM100 untuk semua rakyat dewasa, harga RON95 turun ke RM2.00 seliter, dan cuti umum 15 September!

Malaysia kini berada di landasan ekonomi yang semakin kukuh apabila KDNK mencatat pertumbuhan 4.4%, dan Ringgit mengukuh lebih 5% berbanding Dolar AS, menjadikan ia antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini.

Malah, Malaysia juga melonjak ke tangga ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025, satu peningkatan 11 anak tangga yang membanggakan!

Peluang kerja bertambah, gaji minimum  naik

Ohmedia gaji Minimum Duit

Di sebalik pencapaian ekonomi, rakyat tidak dilupakan. Berikut antara inisiatif kerajaan bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat:

IKLAN
  • Kadar pengangguran kini hanya 3.0%, terendah dalam lebih sedekad.
  • Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 bermula 1 Februari 2025.
  • 153,000 pekerja GLC dan GLIC menerima gaji minimum RM3,100 sebulan sebagai ‘gaji kehidupan wajar’.
  • Lebih 4,000 jawatan doktor dan pegawai perubatan akan diisi menjelang hujung tahun.

150,000 keluarga keluar dari miskin tegar

Anwar Ibrahim

Melalui program Ikhtiar Menoktahkan Kemiskinan Tegar, sebanyak 150,000 isi rumah miskin tegar telah berjaya keluar dari kelompok tersebut sejak 2023. Usaha ini bakal diteruskan menerusi pelancaran program Sejahtera MADANI.

Bantuan tunai terbesar dalam sejarah, RM15 Bilion!

Ohmedia duit simpanan

Kerajaan telah memperuntukkan:

  • RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA
  • RM2 bilion tambahan untuk bantuan RM100 secara one-off kepada semua warganegara dewasa berumur 18 tahun ke atas mulai 31 Ogos 2025

Bantuan ini boleh digunakan di pasar raya utama seperti Mydin, Lotus’s, Econsave dan 99Speedmart.

Berita baik lain untuk rakyat

Anwar ibrahim ron95 ohmedia

1. Cuti tambahan sempena Hari Malaysia!

  • 15 September 2025 (Isnin) diisytiharkan cuti umum tambahan untuk rakyat menyambut Hari Malaysia dengan keluarga.

2. Jualan rahmah MADANI diperluas

  • Peruntukan dinaikkan ke RM600 juta dengan lebih banyak barangan ditawarkan di seluruh 600 DUN.

3. Tiada kenaikan tol

  • 10 lebuh raya sepatutnya naik tol tahun ini, tapi kerajaan tangguhkan kenaikan, melibatkan kos RM500 juta.

Pengumuman yang dinanti, harga petrol RON95 turun ke RM1.99/liter!

Harga Minyak

Dalam berita paling menggembirakan rakyat, kerajaan mengumumkan:

  • RON95 kini pada harga RM1.99 seliter, satu berita baik buat 18 juta rakyat termasuk belia dan pekerja gig.
  • Subsidi disasarkan hanya kepada rakyat Malaysia, manakala warga asing perlu bayar harga pasaran.

85% pengguna domestik juga nikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 sehingga 14%.

Pssttt! Peluang menikmati hasil negara sedang terbentang. Gunakan bantuan dan insentif ini sebaik mungkin demi masa depan yang lebih stabil dan terjamin.

Kredit: PMX
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas