Connect with us

Oh! Media

Terkini Mengenai Program Motivasi eHATI Libatkan Enam Individu Termasuk Pengasas Dan Suami

Ohmedia pengasas Ehati

Trending

Terkini Mengenai Program Motivasi eHATI Libatkan Enam Individu Termasuk Pengasas Dan Suami

Pengasas eHATI direman bersama lima lagi susulan siasatan tiga kesalahan serius berkaitan program kontroversi.

Kontroversi berkenaan program motivasi rumah tangga, eHATI kini semakin hangat apabila enam individu termasuk pengasasnya dan suami dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk proses reman.

Menurut laporan Kosmo, kesemua mereka tiba sekitar pukul 10 pagi di pekarangan mahkamah sebelum dibawa masuk kira-kira sejam kemudian dengan kawalan ketat polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah.

Enam individu termasuk pengasas eHATI direman

Ehati

Difahamkan, pengasas dan suaminya ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, menandakan perkembangan serius dalam siasatan kes ini.

IKLAN

Polis siasat di bawah tiga kesalahan

Ehati

Siasatan terhadap program eHATI kini memberi tumpuan kepada tiga kesalahan utama yang diklasifikasikan di bawah:

  • Seksyen 294 Kanun Keseksaan – berkaitan kelakuan lucah di tempat awam
  • Seksyen 504 Kanun Keseksaan – berkenaan penghinaan yang boleh menyebabkan pecah keamanan
  • Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil – berkaitan gangguan awam atau kelakuan tidak senonoh

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan juga sebelum ini telah mengesahkan penglibatan pihaknya dalam menyiasat kes ini yang telah menimbulkan kemarahan netizen dan masyarakat awam.

Pssttt! Setiap program motivasi seharusnya dibina atas nilai etika, bukan sensasi semata-mata. Jadikan isu ini pengajaran agar ilmu yang disampaikan benar-benar memberi manfaat, bukan memudaratkan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas