Oh! Negara
“Main Catur Pun Kena Tengok Aturan” – Rafizi Ramli Sindir PKR
Rafizi dedah PKR akan tinggal 22 kerusi jika gantung 9 ahli. Ini bukan penyelesaian tapi ‘bunuh diri’.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli tampil bersuara selepas beliau dan lapan ahli Parlimen PKR lain mungkin akan digantung keahlian.
Katanya, tindakan itu hanya menyebabkan parti kini tinggal dengan 22 kerusi sahaja di Parlimen, kurang daripada DAP, BN dan GPS.
Menurut Rafizi, tindakan tersebut tidak menyelesaikan sebarang masalah, malah memburukkan imej parti yang kononnya mengamalkan demokrasi dalaman.
Menggantung 9 orang ahli Parlimen menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, lebih sedikit dari DAP, BN dan GPS. Menggantung kami juga tidak menyelesaikan masalah kerana kami dibayar gaji oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak mereka, jadi kami akan terus bersuara.- Katanya.
Rafizi Ramli dakwa ada pilih kasih dalam tindakan parti…
Rafizi juga mempersoalkan kenapa hanya kumpulan mereka yang akan digantung, sedangkan ada ahli Parlimen lain seperti Hassan Karim yang lebih lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak dikenakan sebarang tindakan.
Menggantung kami memberi gambaran bahawa tidak ada ruang demokrasi dalam PKR, lebih-lebih lagi apabila ada ahli Parlimen seperti Hassan Karim yang lebih teruk mengkritik Perdana Menteri sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan pun.- Katanya lagi.
Rafizi turut menyentuh isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan badan kehakiman yang menjadi punca utama pergolakan dalaman parti. Katanya, hanya kerana mereka mengusulkan cadangan tersebut, terus diminta digantung.
Ada desakan supaya saya dan 8 lagi ahli Parlimen PKR yang memulakan syor penubuhan RCI mengenai badan kehakiman digantung.
Maka ramailah ketua-ketua cabang di seluruh negara berlumba-lumba keluar kenyataan media mendesak kami digantung.- Katanya.
Rafizi siap beri sindiran pedas kepada pimpinan baru dalam PKR…
Saya perhatikan saja. Anggota parti biasa pun perhati. Rakyat pun perhati juga. Nasihat saya, kalau main catur atau main dam haji, sebelum ghairah nak makan lawan, tengok dulu aturan kat sebelah kita.
Ahli Parlimen Pandan itu juga mengingatkan bahawa PKR dibina atas semangat perjuangan rakyat dan suara lantang, bukan demi menjaga kepentingan individu tertentu.
Pssttt! Ohmedia rasa apa yang berlaku dalam PKR ni sepatutnya jadi pengajaran buat semua parti politik. Bila suara dalam parti sendiri mula disekat, itu tandanya demokrasi dalaman makin lemah. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan sebab nampak parti lebih sibuk jaga imej berbanding perjuangkan isu sebenar.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM