Connect with us

Oh! Media

Rafizi Akui Jadi Menteri Bukan Mudah, Buat Pendedahan

Rafizi Ramli

Oh! Negara

Rafizi Akui Jadi Menteri Bukan Mudah, Buat Pendedahan

Rafizi Ramli akui jadi Menteri Ekonomi bukan mudah dan luah penghargaan kepada penjawat awam.

Bukan mudah untuk pikul tanggungjawab besar sebagai Menteri Ekonomi. Itulah luahan jujur Datuk Seri Rafizi Ramli dalam catatan perpisahannya selepas tidak lagi menerajui kementerian berkenaan.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Rafizi mengakui pengalaman pertama menyertai Kabinet merupakan cabaran yang cukup mencabar, terutama apabila perlu memahami pelbagai bidang dalam negara.

Skop luas Kementerian bukan sekadar ekonomi…

Rafiziramli ohmedia

Walaupun nama kementeriannya berteraskan “ekonomi”, Rafizi menjelaskan bahawa tugas sebenar jauh lebih kompleks.

IKLAN

Kementerian Ekonomi merentasi semua sektor dalam dan luar negara dari ekonomi makro, kewangan, pertanian, perindustrian, pendidikan, kesihatan sehinggalah kepada perpaduan negara.- Katanya.

Menurut beliau, kementeriannya juga memainkan peranan sebagai agensi pusat yang membentuk dasar-dasar makro sebelum diterjemah oleh kementerian lain melalui perbelanjaan pembangunan.

Rafizi Ramli hargai sokongan penjawat awam…

Rafizi Ramli

Sebagai orang baharu dalam Kabinet, Rafizi mengakui banyak bergantung kepada ilmu dan panduan penjawat awam dalam mengendalikan pelbagai portfolio.

Kalau penjawat awam kedekut ilmu, tidak beri jawapan betul atau culas memberi jawapan komprehensif, menteri itu tidak akan membina kemahiran diperlukan dalam tempoh singkat.- Jelasnya.

Tambah beliau lagi, kecekapan penjawat awam adalah tulang belakang kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan yang berkesan dan progresif.

BACA: Pesanan Anwar Ibrahim Buat Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada Rafizi atas sumbangannya sebagai Menteri Ekonomi dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan seterusnya.

Pssttt! Jadi pemimpin bukan sekadar pangkat atau populariti, tapi amanah besar untuk memastikan negara terus bergerak maju. Penghargaan Rafizi terhadap penjawat awam mengingatkan kita betapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam membentuk masa depan negara. Hormati dan sokonglah mereka yang benar-benar bekerja demi rakyat.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas