Connect with us

Oh! Media

Influencer Wanita Maut Lepas Makan Produk Kosmetik

Ohmedia influencer wanita mati makan produk kosmetik

Oh! Tidak

Influencer Wanita Maut Lepas Makan Produk Kosmetik

Influencer Taiwan, Guava Beauty meninggal dunia lepas makan produk kosmetik dalam video tular

Satu dunia terkejut bila pempengaruh muda dari Taiwan, dikenali sebagai Guava Beauty, dilaporkan maut secara mengejut selepas tular dengan video memakan produk kosmetik.

Dia yang baru sahaja berusia 24 tahun itu aktif menghasilkan konten pelik seperti ‘make-up mukbang’ yang mencampurkan elemen kecantikan dan makanan.

Gincu, pemerah pipi sampai masker pun dia makan?

Influencer

Guava Beauty popular dengan aksi ekstrem, makan gincu, masker muka, dan pad kapas depan kamera sambil senyum manis.

IKLAN

Dalam video terakhirnya, dia makan pemerah pipi bertekstur jeli sambil tulis kapsyen.

Kalau kamu berani cadangkan, saya berani makan. Jom cuba. Rasa rangup macam agar-agar. Maaf kawan, tapi rasanya teruk.

Video itu menunjukkan dia menyapu produk ke wajah dan terus menyuapkannya ke mulut.

Netizen mula risau bahaya kandungan seperti ini…

Influencer

Ramai peminat mula bersuara, bimbang kandungan seperti itu memberi mesej salah kepada penonton muda.

Berhentilah buat konten macam ini. Itu bahan kimia, bukan untuk dimakan. Kalau orang terikut dan jadi apa-apa, sanggupkah kamu bertanggungjawab?

Sejak video tersebut, akaun beliau sunyi sepi sehinggalah pada 24 Mei, keluarganya mengesahkan pemergian Guava Beauty.

Punca kematian masih jadi tanda tanya…

Influencer

Dengan penuh kesedihan, kami maklumkan bahawa bintang video mukbang kosmetik kami, Guava Beauty telah menamatkan kerjayanya dan sudah meninggal dunia pada 24 Mei 2025.

Punca sebenar kematian masih belum diketahui, namun ramai mengaitkannya sama ada dengan keracunan bahan kimia atau serangan jantung.

Pssttt! Apa saja yang kita buat demi kandungan, jangan sampai bahayakan nyawa. Trend ‘makan kosmetik’ ini jelas melampau dan sangat mengelirukan. Ramai yang mungkin ikut tanpa tahu risiko sebenar. Semoga kisah tragis Guava Beauty jadi pengajaran untuk kita semua, terutama para pempengaruh di luar sana, virality bukan segalanya.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas