Oh! Negara
Polis Sahkan Guru Wanita Buat Laporan Dan Nafi Terlibat
Polis siasat video guru didakwa herdik murid yang tular di media sosial. Guru nafi terlibat.
Satu video yang menunjukkan seorang guru dikatakan memarahi dan mengherdik seorang murid tular di media sosial, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat kes berkenaan.
Guru wanita nafi terlibat, mahu kebenaran ditegakkan…

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa guru terbabit yang berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam insiden tersebut.
Wanita itu yang juga guru dari sebuah sekolah di Kajang menafikan pembabitan beliau dalam kejadian yang berlaku serta meminta siasatan lanjut dijalankan untuk mendapatkan kebenaran.- Katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada laporan polis dibuat oleh ibu bapa atau murid yang terlibat dalam kejadian itu.
Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak dan Komunikasi Multimedia…
Menurut Naazron, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Insp. Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 bagi membantu siasatan.
Pssttt! Isu membabitkan kanak-kanak dan institusi pendidikan sememangnya sensitif. Sebelum menyebarkan sebarang video atau membuat tuduhan, pastikan kita mempunyai fakta yang jelas. Fitnah bukan sahaja merosakkan imej seseorang, tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang yang serius.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM