Connect with us

Oh! Media

PU Syed Tegur Tindakan Influencer Lafaz Talak Dua Dalam Live TikTok

Ohmedia pu Syed

Trending

PU Syed Tegur Tindakan Influencer Lafaz Talak Dua Dalam Live TikTok

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi respon susulan isu viral influencer diceraikan menerusi live di TikTok.

PU Syed difahamkan sebelum ini pasangan tersebut telah bercerai sekali dan kembali rujuk. Namun, malam tadi si suami dilihat melafazkan cerai talak dua berkali-kali terhadap isterinya.

BACA: “Otak Kau Okey Ke Tak? Sebab Dadah Kau Jadi Macam Ni” – Siti Jamumall Kena Cerai Talak 2 Secara ‘Live’

IKLAN

Mengulas kepada isu talak itu, pendakwah ini menegaskan di dalam Islam ada tiga perkara yang tidak boleh dibuat main. Salah satunya adalah melibatkan isu cerai.

Cerai tidak boleh dibuat main

Cerai ni kalau kita bergurau dengan isteri kita pun, dia akan jadi cerai jatuh talak. Dan kalau kita bersungguh pun jatuh talak.

PU Syed berkata, dalam isu viral ini pempengaruh berkenaan telah jelas diceraikan talak dua oleh suaminya.

Kalau dicampurkan talak dua dan talak sebelum ni, maka telah cukup tiga talak yang boleh diberikan.

Beliau memohon pasangan berkenaan merujuk kepada mahkamah untuk mengesahkan talak yang berlaku.

Tidak boleh rujuk kembali

Cerai

Tambah PU Syed lagi, apabila dicampurkan dengan talak sebelum ini, jumlahnya sudah cukup menjadi tiga talak.

Ini bermaksud pasangan itu tidak lagi boleh rujuk semula, melainkan si isteri berkahwin dengan lelaki lain terlebih dahulu (dikenali sebagai ‘cina buta’) sebelum boleh kembali kepada bekas suami.

Iddah wanita diceraikan ketika hamil selesai selepas melahirkan anak. Selepas itu baru boleh berkahwin lain.

Di hujung nasihatnya, PU Syed turut menggesa orang ramai, khususnya golongan influencer, agar tidak mempermainkan isu serius seperti perkahwinan dan perceraian demi konten media sosial.

Pssttt! Cerai bukanlah bahan gurauan atau cara mudah untuk naikkan engagement di media sosial. Sebaliknya, ia melibatkan hukum yang berat serta impak emosi dan sosial yang besar. Tak pasal-pasal penonton pun trauma sekali.

Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas