Oh! Negara
Malaysia Airlines Kembali Mengganas! Nilai Jenama Naik 209%, Kini Top 50 Dunia
Selepas beberapa tahun berdepan cabaran besar, Malaysia Airlines (MAS) kini membuktikan mereka masih relevan dan hebat dalam dunia penerbangan. Baru-baru ini, MAS kembali tersenarai dalam 50 syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Brand Finance Airlines 50 2025.
Menurut Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Izham Ismail, jenama MAS mencatat lonjakan nilai sebanyak 209%, menjadikan ia antara yang paling pesat berkembang di dunia.
Malaysia Airlines catat keuntungan tiga tahun berturut-turut…
Dengan lonjakan nilai jenama sebanyak 209 peratus, bukti terhadap visi kami untuk meningkatkan janji kami kepada pelanggan.
Lebih membanggakan, MAG memaklumkan bahawa mereka berjaya mencatat pendapatan bersih selepas cukai sebanyak RM54 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut syarikat tersebut mencatat keputusan kewangan yang positif.
Terbang terus ke Brisbane bermula November!
Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan pasaran, MAS akan melancarkan penerbangan terus ke Brisbane, Australia bermula 29 November ini. Tambah Izham lagi, pelanggan akan dapat menikmati lebih fleksibiliti dengan pilihan tiga penerbangan harian ke destinasi popular tersebut.
Untuk itu, kami akan melipatgandakan kapasiti dengan tiga penerbangan harian ke Sydney dan Melbourne.
Pssttt! Ini bukti bahawa Malaysia Airlines tak pernah lari dari persaingan. Walaupun pernah diuji, mereka bangkit lebih kuat dan kini kembali jadi sebutan dunia. Peningkatan 209% bukan angka biasa, ia cerminan kerja keras dan perancangan strategik yang menjadi. Semoga MAS terus harumkan nama Malaysia di mata dunia!
Kredit: Suara TV
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM