Connect with us

Oh! Media

“Ia Memberi Kesan Kepada Tubuh Badan Saya” – Bekas Kekasih Ammar Alfian Akhirnya Tampil Bersuara

Ammar Alfian Qhaisha

Trending

“Ia Memberi Kesan Kepada Tubuh Badan Saya” – Bekas Kekasih Ammar Alfian Akhirnya Tampil Bersuara

Bekas kekasih kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Qhaisha tampil bersuara dengan penuh keberanian apabila mendedahkan bahawa dia kini mengalami gangguan emosi dan trauma selepas hubungan mereka berakhir.

Menerusi laporan Oh Bulan, Qhaisha berkata sejak dia buat pendedahan kepada umum, dia takut untuk keluar rumah seorang diri kerana masih terbayang ugutan yang pernah dilemparkan kepadanya oleh aktor tersebut semasa hubungan mereka yang berlangsung selama setahun empat bulan.

Saya rasa gementar nak keluar seorang diri… kalau keluar pun, kawan-kawan yang ambil.”

“Saya tak okey mental dan fizikal” – Qhaisha

Pelakon Lelaki Sado

Jelas Qhaisha lagi, tekanan yang dialaminya bukan sahaja memberi kesan mental, malah turut menjejaskan kesihatan fizikal.

IKLAN

Saya sangat penat dan ia memberi kesan kepada tubuh badan saya. Saya akan mulakan rawatan psikologi dalam dua minggu lagi.

Ramai wanita lain muncul, dakwa turut jadi mangsa Ammar Alfian

Ammar Alfian

Apa yang lebih mengejutkan, selepas berkongsi pengalamannya, Qhaisha mendakwa telah menerima mesej daripada beberapa wanita lain yang pernah mempunyai hubungan dengan Ammar dan turut mengalami perkara sama.

Kebanyakan mangsa takut dengan ugutan dia… saya rasa ayat-ayat dia semua copy paste dari dulu sampai sekarang.

Menurutnya, Ammar cenderung mendekati wanita yang lebih muda, dan pada awalnya, hubungan tersebut nampak manis dan meyakinkan.

Kita rasa dia akan melindungi… tetapi how are you protecting me, in a way you hurt me.

Tunggu siasatan dan serah pada peguam

Ammar Alfian

Qhaisha menegaskan bahawa dia kini menyerahkan segala urusan kepada pihak polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya. Dia turut mengucapkan terima kasih atas sokongan keluarga dan rakan-rakan yang memberi kekuatan padanya.

Kalau anda berada dalam hubungan yang berunsur ugutan atau kawalan emosi, jangan diam. Bercakaplah dengan orang yang dipercayai dan dapatkan bantuan profesional. Kesejahteraan mental itu penting, dan anda berhak untuk hidup tanpa rasa takut.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas