Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Bonda Rozita Tunjuk Foto Bersama Suami Baru Depan Kaabah

Suami Bonda Rozita

Trending

Akhirnya Bonda Rozita Tunjuk Foto Bersama Suami Baru Depan Kaabah

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim akhirnya mengesahkan status perkahwinannya dengan berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram.

Berkongsi keberkatan di bulan Ramadan, Bonda Rozita memuat naik gambar dirinya merangkul mesra suami di hadapan Kaabah ketika mengerjakan umrah.

Doa kebahagiaan bersama keluarga

Img 1483

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut menulis doa panjang buat keluarga dan perkahwinannya.

IKLAN

Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dengan kasih sayang dan reda. Temukanlah kami dalam syurga yang abadi. Kami sayang anak-anak kami… berikan mereka kekuatan untuk solat dan beramal kebaikan.

Bukan tu jer, perkara ini sekaligus telah menjawab spekulasi peminat yang selama ini tertanya-tanya mengenai statusnya.

Tiada lagi rahsia

Img 1482

Pada awal hantaran tersebut, Rozita turut menyebut “menjawab persoalan followers”, sekaligus mengesahkan khabar angin mengenai perkahwinannya yang menjadi bualan ramai.

Beliau juga turut berkongsi semula satu komen pengikut yang meminta dirinya tidak lagi menyembunyikan perkahwinan tersebut.

#ApaKataOhmedia

Setiap perkahwinan adalah satu rahmat dan ujian. Semoga Bonda Rozita dan suami diberikan kebahagiaan dan terus menjadi inspirasi kepada ramai orang!

Suami Bonda Rozita

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas