Connect with us

Oh! Media

Eda Ezrin Dijangka Akan Dibebaskan, Mahkamah Narathiwat Tentukan Hari Ini

Ohmedia eda ezrin narathiwat

Trending

Eda Ezrin Dijangka Akan Dibebaskan, Mahkamah Narathiwat Tentukan Hari Ini

Nasib penyanyi dikir barat popular Kelantan, Eda Ezrin, yang ditahan di Thailand sejak hampir empat bulan lalu bakal terjawab hari ini.

Mahkamah Wilayah Narathiwat dijangka mengumumkan keputusan melibatkan dakwaan kes dadah yang mengaitkan Eda, suaminya dan rakan-rakannya hari ini.

Eda Ezrin ada harapan bebas penjara Narathiwat?

Image

Memetik laporan Buletin TV3, Eda mungkin akan dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan. Selain Eda, empat lagi rakyat Malaysia turut berdepan hukuman denda kerana kesalahan yang sama.

IKLAN

Lima daripada mereka termasuk Eda Ezrin berkemungkinan akan didenda kerana mengambil dadah. Penyanyi itu dan empat yang lain berdepan hukuman penjara kurang enam bulan dan denda kurang RM1,000 kerana mengambil dadah.

Dalam masa yang sama, dua rakyat Malaysia lain pula bakal dikenakan tindakan kerana kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah.

Memandangkan mereka sudah ditahan di Narathiwat kira-kira empat bulan sejak ditangkap pada 1 November tahun lalu, mahkamah mungkin membebaskan mereka lebih awal sebaik denda dibayar.

Dua lagi rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang lelaki, juga akan didenda dan dipenjarakan kerana memasuki Thailand tanpa dokumentasi yang betul dan tinggal lebih masa

Pendakwaan masih ada hak membantah…

Image

Seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 30an dijangka didakwa kerana memiliki pil Yaba, tambah sumber itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mempunyai hak untuk membantah keputusan itu semasa perbicaraan esok.- Kata sumber itu.

#ApaKataOhmedia

Kes Eda Ezrin ni memang buat ramai tak sabar nak tahu keputusan. Kalau dibebaskan, harapnya jadi pengajaran untuk dia berubah. Kita tunggu sama-sama apa keputusan mahkamah nanti!

Ohmedia eda ezrin narathiwat

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Buletin TV3 | Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas