Connect with us

Oh! Media

Syarikat Wak Doyok Berdepan Tuntutan Saman Sebanyak RM808,260!

Ohmedia img 0340

Trending

Syarikat Wak Doyok Berdepan Tuntutan Saman Sebanyak RM808,260!

Syarikat LXM Resources milik suami kepada pelakon Elisya Sandha iaitu Uzair Haqimy Azman telah memfailkan tuntutan saman terhadap WD Food Group Sdn. Bhd yang merupakan syarikat milik pempengaruh, Wak Doyok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Apa kes ni?

LXM Resources nekad ambil tindakan mahkamah ke atas syarikat Wak Doyok

Wak doyok 20171124 153757jpg

Menurut laporan Kosmo, Uzair yang juga anak sulung kepada pelakon Sheila Rusly mendakwa bahawa WD Food Group gagal mematuhi dua perjanjian sewa kenderaan dalam tempoh 24 bulan bermula 22 Disember 2023 dan 21 Jun 2023.

Kami sudah cuba berbincang beberapa kali dan memberi peluang untuk menyelesaikan bayaran, tapi mereka tetap gagal. Jadi, kami tiada pilihan selain membawa kes ini ke mahkamah.

Tuntutan RM808,260 termasuk penalti

52f98b2e 0bbb 4f44 b1fa f445fff1cfaf

Peguam yang mewakili Uzair iaitu Ismail Mohamed Arifin dari Tetuan Gulam Ismail & Adila menjelaskan bahawa jumlah saman yang difailkan adalah sebanyak RM808,260, termasuk ganti rugi am, faedah 5% setahun dan kos tindakan guaman.

IKLAN

Setakat ini, pihak Wak Doyok hanya membuat pembayaran sebanyak RM24,930, sedangkan jumlah tunggakan bertambah akibat penalti kelewatan yang telah dipersetujui dalam perjanjian.

Kami hanya mahukan keadilan kerana syarikat mengalami kerugian besar akibat isu ini.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia perniagaan, perjanjian bertulis sangat penting untuk mengelakkan masalah kewangan. Sentiasa pastikan kontrak dipatuhi dan jika berlaku pertikaian, selesaikan dengan baik sebelum membawa ke mahkamah!

Ohmedia img 0340

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas