Connect with us

Oh! Media

“Dulu Janji Nak Hapus Tol, Bukan Mansuhkan Tol Percuma Masa Musim Perayaan” – Pembangkang

Tol percuma janji pembangkang ohmedia

Trending

“Dulu Janji Nak Hapus Tol, Bukan Mansuhkan Tol Percuma Masa Musim Perayaan” – Pembangkang

Isu tol kembali menjadi perbualan hangat dan tidak akan habis sampai bila-bila.

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa pemimpin politik menggesa kerajaan untuk lebih serius menunaikan janji menghapuskan tol sepenuhnya.

Kerajaan dilihat lebih menumpukan pada isu tol percuma sempena musim perayaan, yang kini bakal dimansuhkan.

IKLAN

Kerajaan perlu tunai janji hapuskan tol, bukan sekadar tol percuma

Tun Faisal

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, menyatakan bahawa inisiatif tol percuma bukanlah penyelesaian yang diharapkan rakyat ketika kos sara hidup semakin meningkat.

Dulu janji Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar beri tol percuma waktu perayaan, tetapi mereka ada pelbagai formula untuk mansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya. Namun, sampai sekarang kita belum nampak apa yang kerajaan lakukan untuk meringankan beban rakyat

“Tol percuma jangan dijadikan isu besar” – Ahli Parlimen Gerik

Fathul

Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob, pula menegaskan bahawa inisiatif tol percuma ini telah lama diamalkan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ketika PH memimpin.

Menurutnya, tindakan memansuhkan tol percuma sewaktu perayaan boleh memberi kesan besar kepada rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman.

Saya harap kerajaan tidak mempolitikkan perkara itu dan tol percuma ini satu benda yang patut dijadikan hadiah oleh rakyat seperti mana diamalkan selama bertahun-tahun.

“Masa PH jadi pembangkang, semua benda nak dijadikan percuma” – Ketua Penerangan PAS

Pas

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, turut memberikan pandangannya terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan bahawa tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak relevan dengan isu utama yang dihadapi rakyat.

Ia masalah berasingan yang memerlukan perancangan pengangkutan awam lebih baik, bukannya dijadikan alasan menafikan hak rakyat menikmati tol percuma.

#OhmediaNasihat

Janji adalah satu amanah yang perlu ditepati, terutamanya apabila melibatkan kebajikan rakyat. Apabila seseorang itu berjanji, dia perlu menunaikan janji tersebut.

Tol percuma janji pembangkang ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ainin Sofia
Sentiasa mencari inspirasi dalam kehidupan seharian. Setiap pengalaman mempunyai cerita disebaliknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas