Connect with us

Oh! Media

Op Airways: Sindiket Suap Penguat Kuasa Lebih RM6,000 Sehari

Sprm Vape

Oh! Tidak

Op Airways: Sindiket Suap Penguat Kuasa Lebih RM6,000 Sehari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya membongkarkan satu kegiatan sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) melalui Op Airways di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketika serbuan dilakukan, SPRM menemukan sejumlah 90 ribu unit vape bernilai RM 5.4 juta untuk dijual kepada pasaran tempatan.

Hasil operasi tersebut, 14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah itu.

IKLAN

Lagi berat lori, lagi tinggi bayaran

Image
Kredit foto SPRM

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan bahawa sindiket ini sanggup membayar sejumlah wang rasuah kepada pihak penguat kuasa sebagai imbuhan bagi melancarkan operasi haram mereka.

Jumlah bayaran rasuah yang dikenakan pula bergantung kepada kapasiti lori yang dilepaskan, di mana kadar yang lebih tinggi dikenakan bagi kenderaan dengan muatan lebih besar.

Image
Kredit foto SPRM

Bayaran sebanyak RM150 dikenakan untuk lori satu tan, RM300 bagi lori tiga tan dan RM500 untuk lori lima tan. Sementara itu, kenderaan dengan kapasiti lebih lima tan dikenakan bayaran sehingga RM750.

Kekerapan lori pelbagai jenis itu akan keluar dari FCZ KLIA (kompleks kargo) ialah kira-kira 20 buah lori sehari, dengan anggaran nilai rasuah yang diberikan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 sehari. – Katanya

SPRM jangka ramai lagi yang terlibat

Image
Kredit foto SPRM

Azam juga memberitahu, hasil risikan dan siasatan mendapati sindiket tersebut dipercayai telah aktif menjalankan kegiatan penyeludupan rokok elektronik sejak tahun 2023.

Buat masa ini, siasatan baru sahaja bermula dan masih dalam tindakan untuk mengenal pasti suspek lain serta penglibatan mereka dalam aktiviti sindiket penyeludupan tersebut.-Katanya

Semua suspek yang ditahan kini direman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan, kecuali seorang pengarah syarikat yang dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sprm Vape

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas