Connect with us

Oh! Media

Jurusolek Lelaki Direman Selepas Disyaki ‘Hisap’ Kemaluan Pelakon Lelaki

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Jurusolek Lelaki Direman Selepas Disyaki ‘Hisap’ Kemaluan Pelakon Lelaki

Seorang jurusolek lelaki berusia 41 tahun ditahan reman selama tujuh hari selepas disyaki terlibat dalam kes jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki di sebuah salon rambut di Ayer Keroh, Melaka, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman untuk siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan di luar tabii.

Menurut Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, kejadian berlaku apabila suspek menawarkan perkhidmatan dandanan rambut secara percuma kepada mangsa yang merupakan pelakon sambilan.

IKLAN

Namun, ia bertukar buruk apabila suspek didakwa melakukan tindakan tidak senonoh semasa menawarkan urutan badan sebagai ‘servis tambahan’.

Insiden bermula dengan tawaran urutan badan percuma…

Kejadian tersebut bermula apabila mangsa, yang telah lama mengenali suspek, bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan urutan badan selepas rambutnya selesai didandan.

Namun, semasa sesi urutan, suspek tiba-tiba bertindak menghisap kemaluan mangsa sambil memegang pahanya dengan kuat.

Pengadu berasa amat terkejut dan selepas selesai urutan, pengadu terus keluar dari salon. Dia mengambil masa untuk bertenang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh pada keesokan harinya.- Kata Md Nazri.

Mangsa, yang masih bujang, kemudian tampil membuat laporan kepada pihak polis. Susulan laporan itu, pasukan dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita, dan Kanak-Kanak) IPK Melaka menangkap suspek di hadapan premis salon tersebut sekitar jam 4.30 petang, Sabtu lalu.

Mangsa merupakan pelakon sambilan…

Difahamkan, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan bekerja sambilan sebagai pelakon kebudayaan di ibu negara.

Mangsa juga seorang pelajar tahun pertama di sebuah kolej kemahiran di Bangi. Identiti mangsa dirahsiakan demi menjaga privasi dan keselamatannya.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: MalaysiaGazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas