Trending
Anggota Polis Kini Perlu Pastikan BMI Bawah 28 Untuk Dinaikkan Pangkat
Terkini! Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengumumkan salah satu kriteria utama bagi anggota polis yang ingin menikmati kenaikan pangkat adalah dengan memastikan Indeks Jisim Badan (BMI) mereka mesti bawah 28!
Menurut laporan Berita Harian, langkah ini diambil untuk memastikan fizikal anggota polis sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan bersedia untuk menjalankan tugas dengan lebih efisien.
Usaha PDRM untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal

Imej polis perlulah nampak sesuai dengan tugas sebagai penguatkuasa undang-undang. Kalau badan sihat, kerja pun lebih lancar. Selain itu, ini juga bagus untuk kesihatan jangka panjang anggota polis sendiri.
Inisiatif ini bagi memastikan kesihatan serta ketrampilan pegawai polis dalam melonjakkan kemampuan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara
Anggota polis perlu jadi contoh terbaik buat masyarakat

Walaupun ramai yang bimbang dengan keputusan ini tetapi Tan Sri Razarudin jelaskan tujuan syarat ini bukan nak menghukum, tapi nak galakkan gaya hidup sihat di kalangan anggota.
Kita mahu setiap anggota polis menjadi contoh kepada masyarakat, bukan sahaja dari segi integriti tetapi juga dari segi gaya hidup sihat.
#OhmediaNasihat
Diharapkan dengan syarat baru ini semua anggota polis akan lebih ‘fit’ dan masyarakat pun akan lebih yakin dengan pasukan keselamatan negara. Jadi, lepas ni, anggota polis bukan sahaja kena disiplin kerja, tapi juga disiplin badan! Barulah nampak ‘smart’ polis Malaysia.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM