Trending
Ibu Mentua Zahnita Wilson Pula Akhirnya Bersuara
Ibu mentua kepada pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Norazlina Abdullah meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya itu.
Menurut laporan mStar, Norazlina berkata yang Zahnita tergamak membuat kenyataan buruk tentang dirinya walaupun dia sangat menyayangi menantunya itu.
Saya pelik kenapa dia perlu bercakap buruk tentang saya? Saya yang berkongsi resipi shepherd pie kepada dia. Dia mulakan perniagaan dengan resipi saya.
Zahnita Wilson didakwa tidak hubungi ibu mentua

Norazlina turut menafikan kenyataan Zahnita yang mendakwa sudah menghubunginya untuk meminta maaf.
Katanya dia ada hubungi saya untuk mohon maaf, tetapi tiada sebarang perbualan berlaku. Saya tiada masalah dengan dia, jika saya tidak suka, kenapa saya sanggup kongsi resipi?
Rumah tangga bergolak, anak-anak jadi mangsa

Ibu mentua Zahnita juga mengakui sedih melihat kemelut rumah tangga anaknya, Abdul Zackery Ghouse yang memberi kesan besar kepada empat cucu mereka.
Anak-anak tersepit dalam masalah mereka suami isteri. Dia sepatutnya fikirkan tentang anak-anak, jangan libatkan mereka dalam hal ini.
Norazlina juga memutuskan untuk tidak memberi komen lanjut tentang konflik rumah tangga Zahnita kerana kes masih berjalan di mahkamah.
#OhmediaNasihat
Isu rumah tangga melibatkan banyak pihak, termasuk keluarga dan anak-anak. Sebaiknya, selesaikan masalah secara matang tanpa mengheret orang lain. Anak-anak memerlukan suasana yang harmoni untuk membesar dengan sihat, jadi pastikan setiap tindakan mengutamakan kebajikan mereka.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM