Connect with us

Oh! Media

Suami Hebat, Rela Hilang Kerja Demi Jaga Isteri Tercinta Yang Sakit

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Suami Hebat, Rela Hilang Kerja Demi Jaga Isteri Tercinta Yang Sakit

Kisah seorang lelaki bernama Amsyar Zulkeply telah menjadi perhatian di platform TikTok apabila dia berkongsi pengorbanannya menjaga isterinya yang sedang terlantar sakit di hospital.

Tanpa menghiraukan perlian rakan sekerja, Amsyar tetap komited untuk memastikan masa terakhir isterinya dilalui dengan penuh kasih sayang.

Menurut Amsyar, dia sering mengambil cuti, malah pernah bercuti tanpa gaji selama beberapa bulan hanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya.

IKLAN

Duit boleh dicari tapi nyawa tiada ganti.- Katanya, membuktikan betapa pentingnya keluarga dalam hidupnya.

Rakan sekerja pandang serong kerana pentingkan keluarga

Dalam video tersebut, Amsyar mendedahkan dia sering diperli oleh rakan sekerja kerana tindakannya yang kerap mengambil cuti.

Namun, perlian itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya. Baginya, kehilangan kerja tidak menjadi masalah asalkan dia dapat menjaga insan tersayang.

Dulu dengan arwah isteri aku selalu cuti dan pernah cuti tanpa gaji selama berbulan-bulan. Aku tak kisah hilang kerja. Aku lebih pentingkan keluarga.- Jelasnya.

Amsyar turut mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai ujian hidup yang berbeza. Apa yang penting adalah keutamaan masing-masing dalam menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kagum terhadap tindakan Amsyar yang mementingkan keluarga melebihi segalanya.

Ada juga yang berkongsi kisah sama apabuila diperli rakan sekerja kerana lebih mementingkan keluarga daripada pekerjaan.

Img 0200

#OhmediaNasihat

Kisah Amsyar Zulkeply ini memberi pengajaran kepada kita semua tentang pentingnya keutamaan dalam hidup.

Keluarga adalah anugerah yang tidak ternilai, dan kadang-kala, pengorbanan besar diperlukan untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas