Oh! Artis
“Saya Tahu Suami Saya Macam Mana” – Isteri Along Cham Mahu Berjuang Tuntut Keadilan
Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal Along Cham iaitu Afreena Suhaimi berjanji akan terus berjuang untuk membela nasib suaminya.
Menurut laporan Berita Harian, isteri Along itu berharap akan ada sinar harapan di sebalik dugaan yang menimpa keluarga mereka.
Along Cham didakwa atas pertuduhan dadah

Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad dijangka didakwa di Mahkamah Sepang hari ini atas kesalahan memiliki bahan disyaki dadah jenis ganja di Cyberjaya pada Sabtu lepas.
Kejadian itu bukan sahaja mengejutkan ramai, malah memberi tamparan besar kepada keluarga kecil ini.
Saya akan terus berjuang untuk suami saya. Saya tahu suami saya macam mana orangnya.
Harapan dan sokongan penuh dari isteri

Melalui siaran langsung di Instagram malam tadi, Afreena meluahkan perasaannya sambil memohon doa daripada semua pihak agar Along mendapat keadilan yang sewajarnya.
Saya harap akan ada berita baik untuk suami dan keluarga kami. Saya tahu, Along juga seorang yang tabah.
Afreena yang bertugas di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad, juga amat menghargai sokongan daripada orang ramai.
Saya cuma nak kalian tolong doakan suami saya mendapat keadilan seperti yang diharapkan. Justice For Along.
#OhmediaNasihat
Setiap keluarga pasti diuji dengan dugaan yang berbeza. Dalam situasi seperti ini, penting untuk kita memberi sokongan moral kepada orang yang memerlukan. Sebelum membuat andaian, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan menentukan kebenaran. Berdoalah agar kebenaran akhirnya ditegakkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM