Branded
3 Langkah Mudah, Korang Berpeluang Menang 1 Tahun Minyak PERCUMA Di Petron
“Healing je, terus drive sampai pagi? Jimat la sikit minyak tu, bukannya murah…”
Bukan apa, penat la kerja asyik duk terperap dekat office tu. Nak juga drive, release tension la katakan. Tapi masalahnya, orang lain seminggu sekali je isi minyak, kita tiga hari dah habis?
Tapi nak risau apa kalau boleh dapat minyak percuma untuk satu tahun kan?
Eh, korang tak tahu ke yang, Petron akan mengadakan peraduan “1 Tahun Minyak Percuma”!
Wow, serious la! Tapi elok ke minyak Petron ni? Salah isi, silap hari dengan kereta tu tak gerak.
Petron Lengkap Dengan Teknologi Tambahan
Takut tak berkualiti? Meh sini kami kongsikan apa yang best sangat dengan minyak Petron ni.
Di Petron korang boleh pilih jenis-jenis minyak seperti Blaze 95, Blaze 97, dan Blaze 100 mengikut keperluan dan jenis kenderaan tau.
Apa yang paling menarik, setiap bahan api Petron (Blaze 95, 97 dan 100) diformulasikan dengan teknologi TriAction Advantage dan bahan tambahan yang dipertingkatkan. Ini memberikan enjin yang lebih bersih, sekali gus meningkatkan jarak perjalanan, perlindungan enjin, dan prestasi keseluruhan.
Macam ni baru la enjin korang boleh beroperasi dengan lebih lancar dan efisien!
Ha, dah percaya belum minyak Petron ni memang BERKUALITI? Kalau tak percaya juga, apa kata korang cuba dulu. Alang-alang tu mana tahu boleh menang 1 Tahun Minyak Percuma!
Nak Menang? Kena Laa Jadi Family Petron Dulu
Yang mana nak join tu, korang dah ada Kad Petron Miles berdaftar ke belum? Dah jadi family Petron, baru boleh join tau!
Paling best hanya dengan memiliki Kad Petron Miles korang berpeluang dapatkan pelbagai tawaran menarik, tebus hadiah yang ditawarkan dan nikmati promosi ISTIMEWA!
Bukan itu sahaja. Korang juga berpeluang tebus mata ganjaran seperti:
– Dapatkan 3x mata Petron Miles bagi setiap liter bahan api Blaze 100
– Dapatkan 2x mata Petron Miles bagi setiap liter bahan api Blaze 97, Blaze 95, Turbo Diesel dan Diesel Max
Ikut Langkah Mudah Ini Dan Menangi 1 Tahun Minyak Percuma!
Yang mana nak join tu, korang hanya perlu lakukan 3 langkah mudah di bawah ni je tau.
Langkah 1: Belanja minima RM250/sebulan (Petron Blaze 95, Blaze 97 & Blaze 100) menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Tunai, atau E-Wallet beserta resit
Langkah 2: Imbas Kad Petron Miles yang BERDAFTAR atau imbas kod QR dalam aplikasi mudah alih Petron, Petron Mobile App
Langkah 3: Selepas menghantar penyertaan, peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan notis privasi yang ditetapkan seperti di dalam Terma dan Syarat
Psst! Pastikan korang join bermula hari ini hingga 31 Mac 2025. Tak dapat minyak percuma pun, hadiah lain tak jauh beza. Antara hadiah yang korang boleh dapatkan adalah:
Hadiah Utama: 10 pemenang bulanan
Mata Petron Miles bernilai RM4,800 (mata Petron Miles akan dikreditkan melalui Aplikasi Mudah Alih Petron)
Hadiah Saguhati: 75 pemenang bulanan
Mata Petron Miles bernilai RM500 (mata Petron Miles akan dikreditkan melalui Aplikasi Mudah Alih Petron)
Uish, hadiah sagu hati pun tak nak kalah eh.
Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang di laman web rasmi Petron Miles dan mula kumpulkan mata ganjaran dengan setiap pengisian! Ikuti Petron Miles di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat TERKINI.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM