Trending
“Kakak Aku Dah Serupa Mayat Hidup” – Adik Rindu Masakan Jahidah, Lega Keadilan Ditegakkan
Adik kepada Jahidah, Fazariah Nordin, meluahkan rasa lega selepas bekas abang iparnya, Rosmaini, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan memukul Jahidah hingga koma.
BACA: Tiga Tahun Berlalu, Jahidah Nordin Masih Terlantar Dan Anak Disahkan OKU
Fazariah menyatakan perasaan itu sama seperti ketika Rosmaini diberkas setelah melarikan diri selama 38 hari.
Kakak dah seperti mayat hidup
Fazariah turut menyatakan bahawa sepanjang 25 tahun kakaknya menetap di Semenanjung Malaysia, tiada perkara buruk berlaku sehingga perkahwinan dengan lelaki terbabit.

Fazariah meluahkan rasa marah dengan bekas abang iparnya yang dilihat bersenang lenang menjalani hidup seperti biasa sebelum ini sedangkan hidup kakaknya musnah.
Ko tengok kakak aku tu dah serupa mayat hidup. Aku rindu sebenarnya masakan kakak aku sebab aku tau dia masak sedap tapi kau menjahanamkan kakak aku sampai dia nak angkat jari pun dah tak boleh.
Dia mengucapkan selamat ‘berehat’ di penjara kepada Rosmaini, sambil mengingatkan kezaliman yang telah dilakukan ke atas Jahidah hingga menyebabkan kakaknya seperti mayat hidup.
“Selamat beristirehat di penjara” – adik Jahidah

Hakim Hazeelia Muhammad telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Rosmaini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan munasabah.
Keluarga Jahidah berharap keputusan ini menjadi pengajaran buat semua untuk tidak bertindak kejam dalam rumah tangga.
#OhmediaNasihat
Kes keganasan rumah tangga adalah satu perkara serius yang tidak boleh dipandang remeh. Jika anda salah seorang mangsa, segeralah menghubungi pihak polis untuk menyelamatkan diri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Fazariah Nordin
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM