Trending
Makcik Kemboja Akhirnya Terima Padah Kerana Hina Bangsa Melayu!
Usahawan terkenal yang digelar Makcik Kemboja atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas kesalahan menghina bangsa Melayu.
Menurut laporan mStar, Mariyah mengaku bersalah di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman atas pernyataan jelik yang dibuat melalui video di media sosial.
Sekiranya gagal membayar denda, Mariyah bakal dipenjara selama enam bulan. Namun, beliau dilaporkan mampu melangsaikan jumlah denda tersebut.
Makcik Kemboja buat kenyataan mengundang

Mariyah dikesan menggunakan aplikasi TikTok pada 16 November tahun lalu untuk memuat naik satu video dengan mengeluarkan kenyataan yang mengundang.
Orang Kemboja memang pandai berniaga kan, betul tak? Dan orang Kemboja memang rajin, nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas.
Video itu dirakam di rumahnya di Bukit Piatu, Kampung Musai, Ayer Keroh dan mencetuskan kemarahan ramai.
Kesalahan ini dilakukan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Anak Makcik Kemboja turut didenda

Anak lelaki Mariyah, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam yang turut menghadapi pertuduhan sama, dibebaskan dengan bon RM10,000 selepas mengaku bersalah.
Ezuan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membantu memuat naik video tersebut di TikTok antara 14 hingga 16 November tahun lalu. Jika sabit kesalahan, hukuman boleh mencapai denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.
Rayuan hukuman diringankan

Peguam mereka, Kamal Hisham Jaafar merayu hukuman diringankan kerana pengakuan salah kedua-dua tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah. Hakim akhirnya memutuskan hukuman denda buat Mariyah dan pembebasan bersyarat untuk Ezuan.
#OhmediaNasihat
Hati-hati dalam berkongsi pendapat di media sosial. Biarpun kita bebas bersuara, ia tidak bermakna kita bebas menyakiti atau merendahkan orang lain. Elakkan kenyataan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman atau menghina. Jadikan media sosial tempat untuk menyebarkan kebaikan, bukan perpecahan.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM